Sunday, April 4, 2010

ERTI HIDUP AKU….
"Abah, emak berikanlah Aku kebebasan."Keluhan hatiku.Aku sering bermandikan air mata tatkala bersendirian.Berkata-kata lagi Aku"Emak, abah mengapakah hidupku dikongkong begini?"Teringat kembali Aku akan kalimah yang terkeluar dari mulut abah."Abah malu engkau buat perangai macam ni.Sudahlah semua orang disini kenal abah dan engkau ni anak ustaz dan ustazah yang dihormati.Apalah feadahnya engkau pergi merayau-rayau jauh malam ni?Abah dirumah ni dahlah sibuk mengajar anak jiran menggaji al-quran dan engkau pulak malam-malam buta pergi tengok wayang.Belajar malas, menggaji pun tak mahu,kerjapun tak ada.Harapkan muka aje cantik."Bengis dan garang abah memarahi Aku.

Pada Aku.Apa, salah besarkah Aku?Berdosakah Aku menonton wayang dengan si Sidah anak Makcik Senah tu.Cuma tengok wayang,lepas tu pergi makan di McDonald dan terus balik.Macamana nak pergi siang hari.Si Sidah kerja waktu siang dan Aku pulak tak habis-habis menolong emak berjualan di gerai Nasi Padang.Bukannya tiap-tiap hari Aku pergi tengok wayang.Itu pun sekali-sekala pada malam minggu.Macamana nak cari kerja?Siapa nak tolong emak nanti?Aku bukan bodoh belajar dan malas menggaji cuma Aku terlalu penat setelah siang hari menolong emak berjualan.

Bagi diriku, Aku sanggup korbankan alam persekolahanku , demi ingin menjadi anak yang baik dan menolong abah dan emakku.Jiwa Aku memang tertekan.Tingkah- laku Aku mesti dijaga.Aku mesti berkelakuan baik,sopan dan alim.Ini semua kerana ingin menjaga maruah kedua orang tuaku.Pelajaran Islam yang diajar oleh abah tak pernah Aku ingkari.Solat lima waktu Aku akan kerjakan walaupun badanku teramat letih setelah berkerja di siang hari.Semua sudah Aku patuh, tapi abah tetap dengan peraturan ketatnya. "Dahlah Maz, jangan nak termenung lagi.Abah memang macam gitu.Dia marah kita bukan apa, dia sayangkan anak-anaknya.Pada abah ini tangungjawab dia.Kalau dia tak marah sekarang, nanti di padang mashar dia di soal.Kakak faham betul perasaan kau.Jiwa orang remaja, memang nakkan kebebasan."Kak Ana cuba menasihati Aku.Setiap hari Ahad, Aku selalu pergi rumak kak long.Setelah menolong emakku.

Emak berjualan separuh hari sahaja pada hari minggu, Aku pasti akan kerumah kakak Aku yang tak jauh dari tempat jualan kami.Kak Rohanalah tempat Aku manja dan menggadu masalah peribadiku.Kalau tak ada kak Rohana, mungkin dah lama Aku lari dari rumah. "Maz bukan apa Kak Ana, Maz hanya pergi tengok wayang.Sedikit kebebasan pun tak boleh.Tak akan nak duduk kat rumah,kedai dan mengajar budak-budak jiran mengaji.Ini aje dunia Maz.Bosan tau!Maz nak jugak tengok dunia luar disana.Pergi shopping ke atau berkelah.Janganlah kongkong Maz sampai macam ni.Macam katak bawah tempurung.Sidah tu,semenjak dah kerja semakin bergaya dan cantik.Maz pun nak macam Sidah, cantik dan bergaya.Kata orang, hasil duit penat berkerja nampak."Aku cuba minta sokongan dan simpati dari kakak Aku. "Itu kakak tahu.Kak Ana pun macam kau Maz.Kakaklah penyebab Abah garang dan kongkong kau macam gitu.Kakak lagi teruk dari engkau."Keluhan suara Kak Ana."Tak akanlah kerana kakak kahwin muda, abah nak kongkong Maz pulak?Tanda soalan yang Aku tanya seolah-olah tak munasabah. Sambung lagi perbualan antara Kak Ana dan Aku "Memang kakak kahwin muda Maz, tapi kerana nak tutup malu.Kau memang tak tahu hal ini.Peristiwa ini berlaku, kau masih kecil lagi Maz."Kak Ana berhenti sekejap perbualannya dan menarik nafas panjang sebelum meneruskan ceritanya."Apa Kak Ana, nak tutup malu?Aku bertanya dengan nada heran dan tak sabar nak tahu cerita sebenarnya."HEM!" Kak Ana menganggukkan kepalanya.

Tiba-tiba pintu rumah Kak Ana diketuk orang.Aku bangun dari sofa dan cuba melihat dilubang pintu.Perbualan kami terpaksa dihentikan.Suami Kak Ana, Abang Osman dah balik dari kerja."Baru balik ya bang"Aku bertanya pada abang iparku."YA, Maz.Kau dari tadi atau baru sampai"Bertanya balik soalan Abang Osman kepada Aku"Aah! Maz dari tadi duduk berbual -bual dengan Kak Long.Macam biasalah bang, dah habis jualan singgah sini.Mana lagi Maz nak pergi.Bukan boleh merayap tempat lain"Sambung perbualan Aku dengan Abang Osman.

Abang Osman macam biasa, sampai sahaja dirumah, dia pasti terus ke biliknya.Dia akan ketempat tidur baby dan cium pipi baby montel kesayangannya yang sedang tidur dengan perlahan.Hingga terlupa dia tentang apa yang Aku sudah ucapkan tadi.

Aku perhatikan gelagat abang iparku itu yang memang sayang betul dengan si Natasha si comel yang baru 4 tahun.Dalam hatiku berkata,kalaulah Aku dapat dimanja dan disayangi seperti Natasha, kan best.Abang Osman memang seorang ayah yang penyayang dan suami bertangungjawab dan baik hati orangnya.Beruntung Kak Ana bersuamikan Abang Osman.

"Eh!Eh!Eh.Adik akak ni melamun aje dia".Sambil menepuk bahunya Aku.Kak Ana memang manja dan mesra dengan Aku.Akulah satu-satunya darah dagingnya.Kami cuma dua beradik sahaja.Tak heranlah kalau orang tua kami memang jaga betul dan kawal kami. Kata orang dulu-dulu menjaga anak lelaki lebih senang dari menjaga anak perempuan.Tapi, jaga macam mana pun, kalau dah nak jadi perkara buruk dah tak boleh nak kata.

"Kak! Sambunglah cerita kakak tadi" Aku merayu kepada Kak Ana."EH! Tak
bolehlah.Abang Man kan dah balik.Sekejap lagi, dia dah nak makan pula.Nanti,kalau abang man keluar pergi rumah emak dia, kita sambung ok!jawab kak Ana."EH! Akak tak ikut ke?Aku bertanya pada Kak Ana."Tak.Lagi pun abang cuma nak kasi duit aje pada maknya".

"Abang Man tu, selalu ya kasi duit pada mak nya" Tanya Aku kepada kak Ana"Ah! Abang Man kau memang begitu.Dia memang siang-siang dah beritahu Kak Ana.Selagi dia mampu, dia akan tetap memberi duit pada orang tua dia.Kak Ana tak kisah Maz.Abang Man tu gajinya besar, lagi pun yang dia tolong pun emak dan bapa mentua akak.Kita ni Maz, kalau jadi isteri janganlah kongkong sangat suami kita. Dia anak lelaki masih bertangungjawab menolong orang tua mereka. Kalau duit tak ada ,bela dan jaga mereka atau selalulah bertanya khabar berita"Berpanjang lebar Kak Ana memberi nasihat kepada Aku.

Aku termenung sekejap dan di kepalaku asyik berfikir tentang apa sebenarnya yang terjadi antara Kak Ana dengan Abah.Aku perhatikan sahaja gerak Kak Ana mengemas dan menyajikan makanan untuk makan malam Abang Osman.Sambil bangun dari duduk di dapur, Aku pun meminta diri untuk masuk ke dalam yang memang dah di sediakan Kak Ana untuk Aku,adik kesayangannya tumpang tidur.

Didalam bilik, mataku terkebil-kebil tak boleh tidur."Apakah rahsia yang Kak Ana dan Abah simpan hinggakan Aku tidak dapat kebebasan.Setiap langkah Aku selalu aje ada yang ascort.Bosan Aku."Keluh Aku seorang diri hingga Aku tertidur.

Keesokkan harinya selepas solat subuh, Aku keluar dari rumah Kak Ana dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu menggangu Kak Ana dari tidurnya.Hari ini dan hari-hari yang lain macam biasalah, Aku akan ke kedai emak sampai senja barulah Aku pulang.Itulah jadual harian Aku.Bagi anak remaja seperti Aku, kehidupan seperti ini amat bosan sekali.Di benak fikiranku, alam remaja seharusnya bebas, tak perlu bersusah-susah dan hidup remaja hanya sekali seharusnya enjoy.Aku cemburu pada si Sidah.Hidup Sidah selalu enjoy.Berjalan-jalan, disko, hi-tea, picnic, shopping, nonton wayang dan yang paling best ada pacaran, boyfriend.

"Kak Ana ni janji pukul 5.00 petang nak sampai kat sini.Sekarang dah pukul 5.30.Setengah jam Maz tunggu Kak Ana tau!" Menggomel Aku pada Kak Ana."Sorrylah sayang, Kak Ana lambat ni pasal mengguruskan Natasha."Pujuk Kak Ana sambil cubit pipi Aku."Maz bukan apa ni Kak Ana, masa pada Maz amat berharga sekali.Ini pun dapat keluar dah bagus.Abah tu, kalau dah malam-malam ni, mana dia nak kasi Maz keluar.Ini pun dapat keluar sebab kakak yang telefon Abah.Kalau tak bohong sunat, tak dapatlah kita keluar sampai larut malam.Apa tu Kak Milah, kursus komputer!" Terbahak-bahak Aku dan Kak Ana ketawa."Mati kita Maz, kalau Abah tahu" Sambung Kak Ana dan terus memanggil pelayan di hotel Meridien untuk memesan makanan dan minuman.

Setelah makanan dan minuman terhidang, kami pun makan sambil berbual -bual."Maz , tahu tak kenapa kakak ajak jumpa di sini. Tempat ni meninggalkan kenangan pahit yang tak akan luput dari ingatan kakak. Tempat nilah syurga bagi kakak, semasa kakak remaja dan tempat nilah yang mengajar kakak mengenali apa itu neraka.Kalau nak cerita macam mana kakak terjurumus dalam dadah dan seorang wanita bohsia, sampai larut malam pun tak akan habis.Tiga tahun kakak hidup dengan dadah dan lesbian.Pahit Maz.....(air mata Kak Ana turun dengan derasnya dan tersedu-sedan sambil mengesat air matanya)teramat pahit Maz, hidup terlalu bebas.Kakak tak kenal tuhan, abah, emak dan semua orang yang sayangkan kakak.Kakak hanya suka pada dadah dan teman lesbian kakak.Pada kakak, merekalah orang yang menyayangi kakak.Merekalah dunia kakak.Disko, nightclub, karaoke club, hotel-hotel mewah dan semua tempat-tempat yang anak-anak remaja suka pergi, pasti kakak akan ada.Semua kakak dah rasa Maz.Tapi Maz kepuasan dan keindahan tu hanya sementara saja, tak kekal."Berhenti sekejap Kak Ana sambil menghabiskan Nasi goreng seafood yang dia pesan tadi."Kak Ana, Maz tak sangka yang sejarah hidup kak Ana sedemikian.Maz merasa terperanjat yang Kak Ana melalui semua ini.Betulkah apa yang Kak Ana katakan ni?Inikah Kak Ana yang Maz selalu puji sifat kewanitaannya dan contoh idola buat Maz? Atau Kak Ana sengaja hendak menakutkan Maz.Kakak dan abah memang dah merancang supaya Maz tak timbulkan soal kebebasan.Katakanlah Kak Ana ini semua tak benar.Seram Maz bila kenangkan". Aku menangis hinggakan makanan di atas meja tak di sentuh lagi. Orang ramai yang berada di situ memehatikan gelagat kami dua beradik.Kami berdua tak hiraukan orang-orang yang perhatikan kami. Kak Ana mengesat air mata aku dan berbisik kepada Aku supaya kami beralih ketempat lain.
Semasa perjalanan pulang, Kak Ana meneruskan ceritanya.
Begitulah sejarah hidup Kak Ana. Penuh dengan maksiat. Kalau bukan kerana Abang Osman dan Abah yang menyelamatkan Kak Ana mungkin Kak Ana dah dapat 'HIV' dan sesat dengan dunia kebebasannya. Setelah Aku mendengar cerita sebenarnya dari Abah, Emak, Abang Osman dan Kak Ana, barulah Aku sedar betapa sayangnya mereka kepada Aku. Semenjak itu, hidup Aku lebih bererti dan Aku tidak akan minta kebebasan yang tidak mendatangkan faedah bagiku. Aku semakin berhati-hati bila mendengar tentang temanku Sidah yang sedang mengandung 5 bulan dan belum nikah kerana tidak ada seorang pun teman lelakinya yang ingin bertanggungjawab.

Setiap malam, setelah selesai mengajar Al Quran kepada anak jiran tertangga,Aku pasti akan membaca firman Allah kepada anak-anak murid Aku. Padaku,Aku tak perlu lagi kebebasan kerana Aku dah dapat ketenangan jiwa. Dengan Firman Allah, kebebasan yang tulus ada di dalam Al- Quran. Di dalam surah 91(ASY-SYAMS) ayat 7-10 yang bermaksud "Dan jiwa serta penyempurnaan(ciptaan-Nya).Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang-orang yang mengotorinya." Maha benar firman Allah.



...................................................................SELESAI………………………………………..

No comments:

Post a Comment